“TRAVELEARN”

NILAI, MALAYSIA  –  Pada 14 Oktober 2018 bersamaan hari Ahad telah berlangsungnya program “TRAVELEARN” yang dianjurkan oleh Biro Akademik dan Pembangunan Bahasa, Jawatankuasa siswa/I  Kolej Kediaman 1 di Muzium Bank Negara dan Petrosains. Program ini telah disertai oleh pelajar yang menetap di Kolej Kediaman 1 dan Kolej Kediaman Nilam Court.

Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar USIM yang cakna mengenai kepentingan ekonomi perbankan islam dan perancangan kewangan. Selain itu, program ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan peserta mengenai sains dan aplikasinya di dalam kehidupan seharian.

Muzium Bank Negara dipilih sebagai lokasi pertama program “TRAVELEARN” kerana ia dapat memberi peluang kepada peserta untuk mengenali secara lebih dekat sejarah matawang serta perkembangan ekonomi Malaysia (khasnya) dan dunia (umumnya).

Pemilihan Petrosains sebagai lokasi kedua program “TRAVELEARN” amat sesuai dan bertepatan dengan objektif yang telah digariskan kerana dapat membuka ruang kepada peserta untuk merasai dan melihat sendiri dengan mata kasar bagaimana ‘sains’ diadaptasikan dalam kehidupan seharian tanpa disedari. Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peserta dan ianya berjalan dengan lancar.

Sebagai penutupnya, diharapkan agar program ini dapat memberikan impak yang besar kepada para peserta supaya dapat memanfaatkan pengalaman yang diperolehi. Pembelajaran melalui pengalaman ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada pelajar. Sesungguhnya pengalaman yang dilalui semasa lawatan sambil belajar tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit.



Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started