Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya saya diberi ruang dan kesempatan untuk merakam sepatah dua kata dalam ruangan ini. Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telibat dalam penerbitan laman web Kolej Kediaman 1 ini.
Alhamdulillah, berkat usaha gigih serta kerjasama semua pihak, Kolej Kediaman 1 telah banyak mengalami perubahan dalam pelbagai bidang. Kejayaan ini merupakan hasil usaha pelbagai pihak dalam mengekalkan dan meningkatkan prestasi pelajar dalam pelbagai bidang berpandukan kepada ilmu aqli dan naqli. Dalam menghadapi era globalisasi ini, pelajar-pelajar perlu berusaha lebih gigih untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bukan hanya dibekalkan di dalam bilik-bilik kuliah bahkan di dalam kolej kediaman itu sendiri ada menyediakan ruang dan peluang untuk memajukan diri. Antaranya adalah mengikuti pelbagai program yang melibatkan pelajar telah dijalankan oleh JAKSA Kolej Kediaman.
Akhir kata, saya berharap agar semua warga Kolej Kediaman 1 terus melipatgandakan usaha untuk meraih kejayaan dalam semua bidang. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha pembangunan Kolej Kediaman 1.
Sekian, terima kasih.
DR AHMAD NAJAA’ MOKHTAR
Pengetua, Kolej Kediaman 1
